Khamis, 9 April 2009

SELEMBAR DARI BUMI ANBIYA'


Uhaiyikum bi tahiyatil islam... tahiyatan tayyibatan wa tahiytan ahlul jannah wa hiya.... Assalamualaikum wa rahmatullahi taala wa barakatuh....Di sini kami memperkenalkan diri sebagai El-azhari farm group. Kami terdiri daripada pelajar malaysia yang sedang menuntut di Universiti Al-azhar, Kaherah, Mesir. Insyaallah di kesempatan ini kami mengalu-alukan dan ingin membuka peluang seluas-luasnya kepada saudara seIslam dengan kami yang mempunyai keinginan untuk menunaikan ibadah korban di bumi para nabi dan auliaullah subhanahu wa taala ini. Alhamdulillah, selain dari menimba ilmu agama, kami juga mempunyai kecenderungan, keinginan dan minat yang amat mendalam di dalam bidang ternakan. Jadi kami bersepakat untuk menjadikan bumi yang di gelar sebagai ummud dunya' sebagai lapangan untuk kami melatih dan membina pengalaman kami di dalam bidang ternakan ini. disamping kami mengkaji kaedah-kaedah bangsa arab disini menternak. insyaallah segala ilmu yang kami dapat di sini akan kami bawa ke tanah air kami , untuk di kongsikan kepada sahabat-sahabat penternak yang lain. Alhamdulillah berbekalkan pengalaman kami semasa kami menternak di Malaysia. Kami telah berjaya dan berpengalaman selama dua tahun di bumi anbiya' ini, dalam menguruskan binatang korban dan aqiqah untuk pelajar-pelajar Malaysia di Mesir. Di samping kami ingin mengikuti dan mempraktikkan sunnah rasulullah s.a.w. sepertimana yang telah tercatat di dalam lembaran sejarah kisah hidup kekasih Allah s.w.t ini. Allahuakbar.... alangkah indahnya hidup ini jika kita dapat bersama-sama menghayati kisah hidup baginda s.a.w. dan kita juga berusaha untuk melaksanakan sunnah-sunnah beliau, yang telah baginda s.a.w tinggalkan untuk ummat-ummatnya yang beliau kasihi di akhir zaman ini. sahabat-sahabat sekalian, siapakah ummat-ummat baginda s.a.w itu. tidak lain dan tidak bukan ialah KITA, iaitu UMMAT ISLAM di zaman ini.. semoga Allah s.w.t menerima segala usaha dan amal ibadah kita... amin...

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

El-Azhari Farm Group Copyright © 2008 Black Brown Art Template by Ipiet's Blogger Template