Ahad, 19 April 2009

IBADAH AQIQAH


“Tiap-tiap anak itu tertebus (terpelihara daripada kemudaratan dan kemungkaran) dengan aqiqahnya yang disembelih untuk dia ketika hari ketujuh dan dicukur, lalu diberi nama.” - Maksud Hadis


Hukum aqiqah

Aqiqah adalah sunat muakkad iaitu sangat digalakkan bagi mereka yang mempunyai kemampuan. Melaksanakan aqiqah merupakan tanggungjawab ibubapa atau penjaga anak tersebut.


Waktu aqiqah

Bila-bila masa sejak anak itu dilahirkan dan tidak ada batasnya.
-Sunat melakukannya pada hari ke 7, ke 14 dan ke 21.
-Syarat-syarat melakukan Aqiqah:
-Syarat-syarat untuk binatang aqiqah adalah sama seperti binatang korban.
-Aqiqah untuk anak lelaki ialah dua ekor kambing atau dua bahagian lembu dan
anak perempuan pula seekor kambing atau satu bahagian lembu.
-Bagaimanapun, sekiranya kurang mampu, memadai membuat satu bahagian lembu aqiqah atau seekor kambing untuk anak lelaki. Bakinya lagi boleh dibuat jika berkemampuan di kemudian hari.
-Disunatkan menyedekahkan daging aqiqah yang sudah dimasak(masakan yang manis-manis).
-Seelok-eloknya tulang binatang aqiqah tidak dipatahkan sebaliknya dipotong pada sendinya.


Hikmah melakukan aqiqah

-Satu ibadah yang bertujuan mendekatkan diri anak kepada Allah s.w.t dari peringkat awal lagi.
-Sebagai fidyah (tebusan) untuk menebus diri anak dari segala mara bahaya dan bala bencana, sebagaimana Allah telah menebus Nabi Ismail dengan seekor kibasy.
-Sebagai tanda gembira dan kesyukuran atas kurniaan anak dan nikmat rezeki.
-Mengukuhkan lagi pertalian kekeluargaan dan hidup bermasyarakat melalui jamuan dan agihan lauk daripada daging aqiqah.
-Untuk mendapatkan ganjaran di sisi Allah pada hari kiamat.


Doa menyembelih ternakan aqiqah

“Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Ya Allah! Ini aqiqah (sebutkan nama nama tersebut) Ya Allah! Semoga aqiqah ini engkau jadikan sebagai tebusan baginya (agar terhindar) daripada siksaan api neraka.”

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

El-Azhari Farm Group Copyright © 2008 Black Brown Art Template by Ipiet's Blogger Template