Selasa, 1 September 2009
PENCARIAN WAKIL UNTUK AIDIL ADHA 09 KINI BERMULA....
seperti yang sahabat2 semua sedia maklum. kini wakil egypt farm group telah berada di tanah air kita yang tercinta untuk bersama2 keluarga dan sanak saudara menyambut ramadan dan syawal pada tahun ini..
justeru itu kami dari egypt farm group ingin mencari2 sesiapa yang berminat untuk menjadi wakil kami di Malaysia untuk Aidul Adha 1340/2009 pada tahun ini...
kepada yang berminat boleh menghubungi saudara :
Mohammed Iqbal bin Abdul Malek : 017-3553724
untuk sebarang pertanyaan dan urusan..
Assalamualaikum w.b.t
KULLU AM WA ANTUM BIL KHOIR.......
Khamis, 30 April 2009
KISAH KAMI DI LADANG UNTA (2008)
Sebenarnya gambar-gambar yang saya baru paparkan ini saya baru ambil dari sahabat saya ust Aziz dari Terengganu dan sahabat-sahabat beliau yang terlibat.saya mengucapkan jutaan terima kasih yang tidak terhingga kepada beliau dan rakan-rakan.Sebab waktu tu ust aziz and the gang je yang rajin merakam dan mengambil foto.buat kenang-kenangan.Mujur la sahabat-sahabat saya ni ade ambik gambar.kalau tak,tak dapatlah saya nak memperjelaskan keadaan ladang unta di Mesir kepada saudara-saudara di Malaysia.
Ok,tanpa membuang masa lagi.jom kite ikuti al-kisah kami di ladang unta...
Al-kisahnya bermula dengan perjalanan kami menuju ke ladang unta.rombongan kami di sertai oleh pelajar2 dari negeri Selangor,Terengganu,Pahang,Kelantan dan Muhafazah.kami bergerak dengan menaiki tiga buah van sewa (kalau tak silap) menuju ke ladang unta ni..
ni adalah pemandangan kami semasa kami dalam perjalanan...
Inilah sawah dan ladang sayur orang mesir.... sekali tengok sebijik macam kat Malaysia,tapi yang agak lain sikit tu kat ladang tu ade pokok kurma.tu je yang beza sikit dengan Malaysia...
selepas dua jam lebih kami kat dalam van..dah naik kebas semua.sampailah kami di ladang unta yang kami tuju..
unta ni kakinye bukan cacat atau tabiat die.tapi sebab kakinye kena ikat.tujuannya supaya unta tu tak lari dan bercampur dengan unta orang lain.
tengok,banyakkan unta-untanya.Kami di maklumkan ada lebih kurang 10,000 ekor lebih unta kat ladang ni.bile sampai je kat ladang ni agak terkesima semua nengok unta-unta tu banyak betul....Kalau sebelum ni cume tengok kat tv je. Tapi kali ni nah,live...
waktu ni la kami memilih unta-unta yang akan kami beli dan di buat korban bagi penama yang kami terima,lebih kurang 35 orang semuanya. yang lain-lain tu diorang minta kambing...
fuh...letih juga la nak buat pemilihan ni.mane taknye.mule-mule kene pilih dulu,tengok cukup sifat ke tak,pastu kene pastikan umurnye, pastu tengok gemuk ke tidak,pastu tengok kalau ade luke,berulat ke tak macam-macam lagi..Alhamdulillah,hasil dari didikan ayah semasa menternak di Malaysia banyak sangat membantu..Betul la kata orang kat saya,kalau harta itu yang di warisikan kat anak,mungkin bertambah dan mungkin berkurang.tapi kalau yang di wariskan itu ilmu.insyaallah,walau pun harta yang di tinggalkan itu sehelai sepinggang boleh jadi ber gunung-ganang..(terima kasih Abah...)
Untuk pengetahuan sahabat-sahabat,ni lah makanan unta(rumput kering)
Alhamdulillah, Bile dah selesai je proses pemilihan.sampailah masa untuk di naikkan unta2 ni ke dalam lori..Time ni tengok arab tu buat keje.....kami yang tengok ni pun letih ape lagi yang mengerjekan unta tu naik logi..
kalau saudara tengok arab2 ni susun unta macam susun batu bata.Selagi ada ruang kat lori, selagi tu la die sumbat.waktu ni kami sewa dua buah lori.satu lori bawak 8 ekor lagi satu lori pulak bawak 9 ekor.jumlahnye semua 17ekor.sekali tengok macam sadin pun ade.
selepas selesai je unta2 tu naik ke lori,saya dengan ust Aziz pun bawa la unta2 tu balik...
kalau sahabat-sahabat nak tahu waktu dah sampai kat kompleks asrama kami, telah berlaku satu tragedi yang menghuruharakan kami.ade ke patut driver arab tu main lepaskan je unta2 tu dengan tak bertali,pastu main pergi je camtu.waktu tu memang jadi cowboy la budak2nye... tapi alhamdulillah, semuanya ok..waktu tu memang bengang betul kitorang.tapi bila dah setel semua masing-masing tersenyum.yela bile teringatkan gelagat masing-masing menambat unta..he,he,he.. sabo je la nak buat camne.dah perangai drivernye macam tu.dapat duit terus cabut..kami harap tahun ni jangan la sampai jadi macam tu lagi..nauzubillahi min zalik...
jadi,macam tu la lebih kurang ceritenye.. KISAH KAMI DI LADANG UNTA (2008)
SEKIAN...WASSALAM....
Selasa, 21 April 2009
TAWARAN HARGA UNTUK AQIQAH DAN KORBAN 2009
Berita baik kepada semua muslimin dan muslimat ...
Kami dari :- EL-AZHARI FARM GROUP -: (Pelajar Universiti El-azhar, Mesir)
ingin menawarkan korban di bumi Anbiya' Mesir. Dengan harga yang cukup murah.....
Diantara binatang aqiqah/korban yang kami tawarkan :
KAMBING KAMPUNG ( SEEKOR ) : RM 600 SAHAJA !!!.
KAMBING BIRI-BIRI ( SEEKOR ) : RM 600 SAHAJA !!!.
UNTA ( SATU BAHAGIAN ) : RM 600 SAHAJA !!!.
Harga yang kami tawarkan ini adalah lebih murah berbanding harga kambing dan unta di malaysia. kerana, harga unta di Malaysia yang di import dari australia berharga RM 6000 (seekor) yang bersaiz sedang dan RM 8000 kalau yang besar. Berbeza dengan harga unta di sini. Disini, kami boleh dapat seekor unta dengan harga RM 4200 (seekor)!!! umur unta yang akan kami beli ini diantara 4-6 tahun (cukup umur untuk dibuat korban). Ni bukan unta tua tau!!!. sebab syarat sah korban unta adalah unta yang berumur 4 tahun keatas.
Manakala harga bagi kambing dan qibas (biri-biri) di sini lebih kurang sama sahaja dengan Malaysia.lebih kurang dalam RM 550 keatas bagi kambing dan qibas yang cukup umur untuk di aqiqah atau di korban. insyallah, semuanya gemuk-gemuk.
Semua urusan pembelian, sembelihan dan sebut nama akan kami videokan dan akan kami muatkan di dalam blog ini. Setiap tempahan akan kami agihkan kepada semua pelajar El-azhar (pengajian islam), Perubatan dan Asnaf yang lain.
Antara faktor yang akan kami ambil kira semasa pembelian adalah :
1- ternakan mestilah cukup syarat sah untuk di buat aqiqah/korban. dari segi umur, kesihatan dan kesempurnaan anggota.
2- ternakan mestilah makan makanan yang bersih (tidak memakan sampah/benda-benda yang kotor)
3- terhindar dari unsur-unsur yang meragukan.
Insyaallah, kami akan menjalankan tanggung jawab ini dengan bersungguh-sungguh dan kami memohan sahabat-sahabat sentiasa mendoakan kami. Agar kami sentiasa bersungguh-sungguh dan ikhlas didalam melaksanakan tugas ini. dan kami juga berharap agar sahabat-sahabat menggunakan peluang keemasan ini dengan sebaik mungkin, dan tidak melepaskannya dengan begitu sahaja. Kerana, mungkin kami dapat buat pakej korban ini untuk 2/3 tahun sahaja lagi, dan selepas itu kami akan pulang untuk berbakti di tanah air yang tercinta. bi iznillah.. amin... kalau nak buat lagi pun tak tahu bile...
Jadi, dengan sokongan yang sahabat-sahabat berikan ini. sedikit sebanyak ia akan menambah pengalaman kami dalam bidang ternakan dan meningkatkan lagi kualiti pengurusan kami di bumi Anbiya' ini. Agar ia menjadi persedian kepada kami untuk mampu bersaing di pasaran global kelak..... amin....
LA TANSA ZIKRULLAH, SYUKRAN……
KEPADA YANG BERMINAT SILA HUBUNGI :
UST. ABDUL MALEK BIN RAMLAN : 0173578104 (MALAYSIA)
UST. MOHD IQBAL ABD MALEK : +20115451731 (MESIR)
UST. KHAIRULLAH HASYIM : +20113258208 (MESIR)
#Untuk tempahan Aidul Adha, Insyaallah kami akan mula mengambil tempahan pada
01 NOVEMBER 2009 hingga hujung hari raya (raya ke-tiga di mesir)....
#Semua bayaran hendaklah di serahkan kepada UST. ABDUL MALEK BIN RAMLAN..
sekian..assalamualaikum warah matullahi taala wa barakatuh...
Ahad, 19 April 2009
AQIQAH PERTAMA ( egypt farm group ) DI BUMI ANBIYA'
sahabat-sahabat yang di rahmati allah s.w.t sekalian kami mendoakan semoga sahabat-sahabat sentiasa sihat wal afiat, di murahkan rezeki, di majukan perniagaannya, di ikhlaskan niatnya dan semoga apa yang kita kerjakan dikira sebagai ibadah yang dikurniakan pahala dan balasannya syurga oleh Allah s.w.t yang maha pemurah lagi maha penyayang kepada semua hamba-hambanya di muka bumi allah s.w.t ini, dan yang penting sekali semoga kita semua sentiasa di dalam rahmat dan penjagaan allah s.w.t, agar kita semua terhindar dari segala macam gangguan, dari segala macam bala dan malabencana Allah s.w.t, sepertimana yang kita maklum, ia adalah perkara lumrah yang wujud didalam alam dunia yang sementara ini, bertujuan sebagai dugaan kepada yang beriman dan balasan (azab) bagi yang mungkar. kita pohon kepada allah s.w.t semoga kita semua terhindar dari golongan yang di azab tersebut. amin.. satu perkara lagi yang teramat-amat penting sahabat-sahabat yang di rahmati allah s.w.t sekalian, sentiasalah kita berdoa dan memohpn kepada allah s.w.t, agar kita semua di hidupkan dan di matikan di dalam keadaan kita ini beriman dan bertaqwa kepada allah s.w.t.
sahabat-sahabat sekalian, suka saya disini mengajak sahabat-sahabat semua agar kita tanamkan sikap suka bersedekah dan tidak terlalu berkira dengan harta yang di anugerahkan oleh allah s.w.t untuk beribadah. Kerana di akhir zaman ini kita dapati ada segolongan dari kita yang takut untuk mengamalkan dan melazimi amalan sedekah jariah kerana khuatir tak cukup untuk memenuhi keperluan harian. sedangkan ini adalah amalan yang di galakkan di dalam agama islam, dan ia merupakan sunnah rasulullah s.a.w yang terpuji.
cuba kita persoalkan pada diri kita, adakah kita yang menentukan sendiri rezeki kita sendiri di muka bumi allah s.w.t ini? sedangkan kita tahu setiap anak adam a.s yang lahirkan sebagai khalifah allah s.w.t di muka bumi ini telah di tetapkan rezekinya sejak azali lagi oleh allah s.w.t. Jadi buat apa kita perlu terlalu risaukan sangat. Yang penting adalah, kita hendaklah terus berusaha dan selalu berdoa serta yakin bahawa rezeki allah s.w.t teramat banyak untuk hamba-hambanya yang beriman. antara sedar atau tidak, amalan sedekah jariah ini juga merupakan tabungan yang teramat berguna untuk membantu kita di akhirat kelak. yang mana kita ketahui, tidak ada sesuatu pun yang dapat membantu si mati untuk meraih syurga melainkan amal ibadahnya yang di buat semasa hayatnya di dunia.
wallahutaala a'lam,
Dan kami berharap dengan peluang yang kami buka untuk sahabat-sahabat beribadah di bumi yang lahirnya ramai para nabi dan auliyaullah (orang-orang yang mulia disisi allah s.w.t) ridwanullah ajmain ini, semoga ia menjadi amal soleh kepada kami ketika hayat kami di dunia, dan memudahkan kami ketika di hari perhitungan amal ibadah kami di akhirat kelak. dan kami juga mendoakan kepada semua sahabat-sahabat yang membantu kami di dalam usaha ini. agar kita semua di golongkan di dalam golongan yang mendapat pertolongan allah s.w.t dan syafaat rasulullah s.a.w di akirat kelak. amin.. ya rab... apa yang baik itu datangnya dari allah s.w.t, dan apa yang kurang itu datangnya dari allah s.w.t juga untuk menunjukkan bahawasanya manusia itu tidak terhindar dari kekurangan.. wallahutaala a'lam...
alhamdulillah, selesai dah tazkirah ringkas tadi. semoga kita semua dapat ambil faedah dan mempertingkatkan serta menambah baik lagi usaha amal ibadah kita di masa akan datang.. insyaallah..
baiklah,sekarang kita kembali pada tajuk semula. Alhamdulillah, dengan izin allah s.w.t Aqiqah yang pertama dengan jayanya egyptfarmgroup telah uruskan pada 16 oktober 2009 bersamaan 20 rabiul akhir 1430 hijriyyah. penama tersebut ialah saudari Noor Hayati Mior Ishak. kami dari egyptfarmgroup mengucapkan berbanyak terima kasih kepada beliau dan mengucapkan tahniah kerana menjadi penama aqiqah yang pertama bagi kami selepas tertubuhnya persatuan ini. Kami semua mendoakan semoga aqiqah ini di terima Allah s.w.t dan semoga Aqiqah ini menjadi sebagai tebusan kepada saudari Noor Hayati Mior Ishak agar terhindar daripada siksaan api neraka Allah s.w.t kelak. seperti mana yang termaktub didalam doa yang kami bacakan sebelum kami menyembelih binatang aqiqah tersebut..amin.. ya rabb..
semua gambar telah kami muatkan di dalam gallery blog dan video telah kami rakam,dan insyaallah akan kami pertontonkan kepada sahabat didalam jangka masa yang terdekat ini.
syukran... wa kullu am wa antum bil khoir...
IBADAH AQIQAH
Hukum aqiqah
Aqiqah adalah sunat muakkad iaitu sangat digalakkan bagi mereka yang mempunyai kemampuan. Melaksanakan aqiqah merupakan tanggungjawab ibubapa atau penjaga anak tersebut.
Waktu aqiqah
Bila-bila masa sejak anak itu dilahirkan dan tidak ada batasnya.
-Sunat melakukannya pada hari ke 7, ke 14 dan ke 21.
-Syarat-syarat melakukan Aqiqah:
-Syarat-syarat untuk binatang aqiqah adalah sama seperti binatang korban.
-Aqiqah untuk anak lelaki ialah dua ekor kambing atau dua bahagian lembu dan
anak perempuan pula seekor kambing atau satu bahagian lembu.
-Bagaimanapun, sekiranya kurang mampu, memadai membuat satu bahagian lembu aqiqah atau seekor kambing untuk anak lelaki. Bakinya lagi boleh dibuat jika berkemampuan di kemudian hari.
-Disunatkan menyedekahkan daging aqiqah yang sudah dimasak(masakan yang manis-manis).
-Seelok-eloknya tulang binatang aqiqah tidak dipatahkan sebaliknya dipotong pada sendinya.
Hikmah melakukan aqiqah
-Satu ibadah yang bertujuan mendekatkan diri anak kepada Allah s.w.t dari peringkat awal lagi.
-Sebagai fidyah (tebusan) untuk menebus diri anak dari segala mara bahaya dan bala bencana, sebagaimana Allah telah menebus Nabi Ismail dengan seekor kibasy.
-Sebagai tanda gembira dan kesyukuran atas kurniaan anak dan nikmat rezeki.
-Mengukuhkan lagi pertalian kekeluargaan dan hidup bermasyarakat melalui jamuan dan agihan lauk daripada daging aqiqah.
-Untuk mendapatkan ganjaran di sisi Allah pada hari kiamat.
Doa menyembelih ternakan aqiqah
“Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Ya Allah! Ini aqiqah (sebutkan nama nama tersebut) Ya Allah! Semoga aqiqah ini engkau jadikan sebagai tebusan baginya (agar terhindar) daripada siksaan api neraka.”
IBADAH KORBAN
Qurban ialah penyembelihan binatang qurban yang dilakukan pada Hari Raya Haji (selepas solat 'Idil Adhha) dan hari-hari Tasyriq iaitu ,11,12 dan 13 Zulhijjah kerana beribadah kepada Allah s.w.t. , iaitu sebagai menghidupkan syariat Nabi Allah Ibrahim a.s. yang kemudiannya disyariatkan kepada Nabi Muhammad s.a.w.
Dalil tentang ibadah Qurban
Firman Allah s.w.t. yang bermaksud:
"Dan telah Kami jadikan unta-unta itu sebahagian daripada syi'ar Allah, kamu memperolehi kebaikan yang banyak daripadanya, maka sebutlah nama Allah ketika kamu menyembelihnya dalam keadaan berdiri (dan telah diikat). Kemudian apabila telah roboh (mati), maka makanlah sebahagiannya dan beri makanlah orang yang rela dengan apa yang ada padanya (yang tidak meminta-minta) dan orang yang meminta. Demikianlah Kami telah menundukkan unta-unta itu kepada kamu, mudah-mudahan kamu bersyukur."(surah al-Haj:36)
Dari Aisyah r.a Nabi Muhammad s.a.w. telah bersabda yang bermaksud:
"Tiada suatu amalan yang dilakukan oleh manusia pada Hari Raya Qurban, yang lebih dicintai Allah selain daripada menyembelih haiwan qurban. Sesungguhnya haiwan qurban itu pada hari kiamat kelak akan datang berserta dengan tanduk-tanduknya, bulu-bulunya dan kuku-kukunya, dan sesungguhnya sebelum darah qurban itu menyentuh tanah, ia (pahalanya) telah diterima disisi Allah, maka beruntunglah kamu semua dengan (pahala) qurban itu."
(Riwayat al-Tarmuzi, Ibnu Majah dan al-Hakim)
Hukum Ibadah Qurban
Hukumnya Sunnat Muakkad(Sunnat yang dikuatkan) atas orang yang memenuhi syarat-syarat seperti berikut:
1- Islam
2- Merdeka (Bukan hamba)
3- Baligh lagi berakal
4- Mampu untuk berqurban
Fadhilat/Kelebihan Ibadah Qurban
1- Menghidupkan sunnah Nabi Allah Ibrahim a.s.
2- Mendidik jiwa kearah takwa dan mendekatkan diri kepada Allah s.w.t.
3- Mengikis sifat tamak dan mewujudkan sifat murah hati mahu berbelanja harta kejalan Allah s.w.t.
4- Menghapuskan dosa dan mengharap keredhaan Allah s.w.t.
5- Menjalinkan hubungan kasih sayang sesama manusia terutama antara golongan berada dengan golongan yang kurang bernasib baik.
6- Akan memperolehi kenderaan atau tunggangan ketika meniti titian al-Sirat al-Mustaqim diakhirat kelak. Sabda Nabi Muhammad s.a.w. yang bermaksud:"Muliakanlah qurban kamu kerana ia menjadi tunggangan kamu dititian pada hari kiamat."
7- Syarat untuk melakukan Ibadah Qurban secara jamaah (beramai2).
Pengurusan hendaklah dilakukan dengan betul, dengan penuh amanah dan tanggungjawab.
Harga yang dikenakan hendaklah dinyatakan termasuk kos pengurusan (Penyembelihan, kenderaan, upah menyembelih, melapah dan sebagainya jika memerlukan upah).
Hendaklah diadakan aqad atau ijab dan qabul antara orang yang melakukan qurban atau aqiqah dengan pihak pelaksana (AJK Qurban/ Aqiqah atau AJK Masjid/ Surau/ Badan Kebajikan/ Orang perseorangan).
Persoalan tentang Ibadah Qurban.
Adakah daging qurban yang kita buat untuk si mati contohnya bapa yg telah meninggal, kena disedekahkan kesemuanya atau boleh diambil sebahagiannya?
Berqurban atas nama orang lain menurut mazhab Syafi'i mengatakan tidak sah tanpa keizinan orang tersebut, demikian atas nama orang yang telah meninggal tidak sah bila tanpa dasar wasiat. Ulama Maliki mengatakan makruh berqurban atas nama orang lain. Ulama Hanafi dan Hanbali mengatakan sah saja.
“Kamu makan, kamu berikan kepada yang lain dan kamu simpan” - [Hadith riwayat al-Bukhaari].Pada dasarnya, 1/3 simpan, 1/3 makan dan 1/3 sedekah.
Bolehkan daging Qurban dijual?
Haram hukumnya menjual daging Qurban, ia hendaklah disedekahkan!
Daripada saidina `Ali bin Abi Talib r.a, katanya:
”Rasulullah s.a.w. telah memerintahkan aku menyembelih unta-untanya (sembelihan ketika haji). Baginda memerintahkan agar aku mensedekahkan daging, kulit dan apa yang menutupi belakang unta-unta itu (seperti pelana dan seumpamanya). Baginda juga memerintahkan agar aku tidak memberikan kepada al-Jazzar (penyembelih dan pelapah) sedikit pun darinya.”
(Riwayat al-Bukhari hadith ke-1716, Muslim, hadith ke-1317)
Siapakah yang layak menerima daging korban?
Orang yang bekorban berhak mendapatkan 1/3 dari daging korbannya, Fakir Miskin dan orang - orang Islam yang lain.
Apakah daging yang diniatkan qurban boleh dimakan oleh tuan punya yang melakukannya?
Daging qurban halal dimakan atau dimiliki oleh orang yang berqurban bahkan sunat ia mengambil satu pertiga. Akan tetapi daging “qurban wajib” atau daging “qurban nazar” haram dimakan oleh orang yang bernazar. Ini berdasarkan firman Allah S.W.T. dalam - Surah Al-Hajj, ayat 28 .
Daging qurban, sunat dimakan oleh orang yang berqurban selebihnya disedekahkan kepada fakir miskin dalam keadaan mentah.
Boleh atau tidak Rusa dijadikan ibadat sembelihan qurban? Berapakah bahagiannya?
Binatang sembelihan qurban ialah unta, lembu, kerbau, kambing dan biri-biri. Tidak sah qurban yang selainnya.
Berapa bilangan (ekor/bahagian) haiwan ibadah qurban yang di galakkan?
Bagi setiap seekor lembu, unta atau kerbau itu boleh dibahagi kepada 7 bahagian. Bahgian paling sedikit yang harus dalakukan oleh seseorang itu adalah satu bahagian dan tiada batasan untuk bilangan paling banyak. Seseorang muslim itu boleh melaksanakan ibadah qurban ini sebanyak mungkin mengikut kemampuannya. Adapun bagi kambing pula, bagi seekor kambing tidak boleh dibahagi mengikut bahagian seperti lembu. Maka bagi setiap kambing itu adalah untuk seorang muslim sahaja.
Bolehkah daging qorban diberikan kepada bukan Islam dan apa hukumnya org kafir memberi bantuan/ derma untuk ibadah qorban. Adakah kita boleh menerima sumbangan mereka itu ?
Tidak harus memberi makan daging qurban dan aqiqah kepada orang kafir sama ada daging qurban wajib dan aqiqah wajib ataupun sunat. - Fatwa Negeri Selangor (Sel P.U 12) . Org kafir tidak diwajibkan melaksanakn ibadah qorban. Sumbangan yang diberikan tidak dikira sebagai ibadah qorban.
Apakah hukum mewakilkan ibadah qorban kepada org lain? NGO misalnya?
Hukum wakalah adalah harus dengan syarat-syarat seperti berikut :
i. Lafaz wakalah hendaklah secara soreh (jelas) atau kinayah (kiasan)
ii. Hendaklah mendapat izin dari muwakkil (org yg meminta utk diwakilkan)
iii. Muwakkil wajib melafzkan tawkil sama ada secara soreh atau kinayah kepada wakil yang dilantik untuk menguruskan qurban tersebut.
Secara menyerahkan tanggungan dengan berkata:
"Saya meletakkan atas tanggungan tuan untuk menghasilkan penyembelihan qurban untuk ku."
(PERINGATAN: Jika penerima tidak dapat menyempurnakan tanggungjawab yang diterima, boleh diserahkan kepada orang lain untuk menyempurnakan penyembelihan untuk orang-orang yang berakad tadi).
Jumaat, 10 April 2009
AIDUL ADHA 2008-in memories...
Assalamualaikum.. selamat bertemu kembali… insyaallah kali ini kami paparkan kepada para pembaca tentang suasana sambutan aidul adha pelajar malaysia di bumi anbiya’ tahun 2008.Serta kisah kami mengendalikan tempahan yang telah kami terima.
Sebenarnya dua minggu sebelum raya kami dah start beli lembu, unta dan kambing-kambing yang ditempah. Kami kumpulkan kambing-kambing tu kat kandang yang simple je sebab kami xde tanah untuk di buat kandang. Tapi security nye 24 jam. Alhamdulillah setakat ni xde binatang yang pernah hilang....
Ni lah pusat pengumpulan kami. Kat dalam ni ade lebih kurang 24 ekor… pada raya tahun 2008 ni kami mendapat tempahan kambing sebanyak 40 ekor… dan unta 5 ekor…. Pada tahun 2009 ni kami harap tempahan bakal kami terima akan bertambah lagi…Ameennn ya rabb!!!... order tau!
Ni la unta-unta kami yang tengah-tengah tu Panglima Kandang…He,He,He. Amacam best x ? sebenarnye tempahan lembu pun ade juga. Tapi harga lembu kat sini agak mahal. Jadi saya cadangkan kalau nak korban lembu baik buat kat Malaysia je. Lagi satu kat Malaysia macam-macam baka ade. Kat mesir ni pulak baka-baka lembunye tak banyak. Kebanyakkan lembu kat mesir ni pun dari baka tenusu macam Freshen dan Jersey.Baka tenusu ni sebenarnya mempunyai daging yang agak berair dan agak pucat warnanya. Cuma kalau nak buat kat sini pun bagus dan kami alu-alukan…insyaallah, pada kami kalau nak uruskan lembu ni xlah susah sangat.sebab di Malaysia kami tiap-tiap tahun mengendalikan lembu untuk ibadah akikah korban dan sebagainya. Alhamdulillah kami Berjaya mencatat rekod melapah seekor lembu dalam 20 minit.hehe…jangan gelak tau sebab yang ni baru starting. Tak boleh nak lawan kumpulan senior kami kat Malaysia…15 minit seekor tuuu....Haaa!!! balik ni kami nak buat rekod baru…5 minit seekor…amacam?...(tunggu kami ada mesin melapah).
Baiklah… sekarang jom kita tengok pulak pasar-pasar ternakan kat sini. Kebanyakan pasar-pasar macam ni kami cume buat survey-survey harga semasa sahaja. Sebab harga kat sini agak ‘kencang-kencang’. So kami banyak beli kambing dari kampung-kampung yang perjalanannya mengambil masa 2-3 jam dari tempat kami. Ini kerana harga binatang di kawasan kampung jauh lebih murah. Cume yang mahal sikit kos pengangkutan jela.
Ni pula lembu-lembu yang banyak terdapat di mesir (baka freshen dan jersey). Biasa je kan. Kat Malaysia pun ade… Mase ni kami kat ladang lembu dan sapi. Untuk makluman pembaca, orang arab ni kuat minum susu sapi segar… Alhamdulillah, kami pun pernah cuba. Cuma nasihat dari kami kepada yang ingin mencuba, kalau tak tahan bau lembu atau kerbau baik jangan cuba. Sebab susunya agak berbau….
Ni pulak pasar kambing yang kami survey. Harga pun cantik.
adayang RM 450,RM 550,RM 600 seekor. Apa lagi, kami pun borong la puas-puas….
Ni la sahabat kami yang selalu tawar-menawar harga dengan arab. Die ni minat betul dengan ternakan dan rajin kaji bab baka. Cite-cite die pun ingin menjadi seorang usahawan El-Azhar yang berjaya di dalam bidang ternakan. sama-sama la kita doakan ye.. amin...
Ni pulak biri-biri mesir yang dipanggil ‘khoruf’ dalam bahasa tempatan. Cuma harganye agak mahal berbanding kambing kampung. Ini kerana kuantiti dagingnya lebih banyak dari kambing kampung. Harganya diantara RM 450 - RM 1000 bagi biri-biri yang cukup umur.
Yang ni pulak ladang unta tempat kami dapatkan bekalan. Alhamdulillah dengan tempahan yang kami terima. Kali ni kami bawak balik 18 ekor sekali gus (campur kepunyaan Terengganu, Kelantan, johor dan Sarawak) . Nak ?...buatlah tempahan untuk musim akan datang. Nanti kami belikan. Semua urusan akan kami uruskan.
Jadi kepada sahabat-sahabat para pembaca sekalian. Jangan la berlengah lagi tempahlah secepat yang mungkin. Insyaallah tempahan akan kami buka pada 01 november 2009… syukran. Wasalam…